About Course
Perundingan dapat ditakrifkan sebagai satu proses tawar-menawar dalam usaha untuk mengurangkan perbezaan atau mencapai satu penyelesaian masalah. Lazimnya, dalam sesuatu perundingan, individu yang terlibat akan cuba bertolak-ansur tentang isu yang dirundingkan dalam usaha untuk mencapai persetujuan. Pemujukan ialah pengunaan kata-kata lembut atau baik untuk melembutkan hati seseorang.
Dalam keadaan ini, tawar-menawar akan lebih banyak berlaku sekiranya seseorang itu percaya apa yang akan mereka peroleh daripada sesuatu perundingan itu lebih buruk berbanding dengan keadaan yang lebih baik.
Justeru, apabila digabungkan konsep pemujukan dan perundingan, maka pemujukan perundingan dapat ditakrifkan sebagai satu interaksi yang melibatkan proses tawar-menawar oleh individu (yang mewakili dirinya, kumpulan kerjanya atau organisasinya) dan akhirnya satu persetujuan bersama dicapai iaitu matlamat antara mereka yang berunding (mewakili dirinya, kumpulan kerjanya atau organisasinya) mencapai tahap yang sama atau hampir sama.
Course Content
DAY 1
-
MODUL 1: PENGENALAN PERUNDINGAN
-
MODUL 2: PEMILIHAN PENDEKATAN PERUNDINGAN
-
MODUL 3: KEPEKAAN TERHADAP KOMUNIKASI BUKAN LISAN
-
MODULE 4: KEMAHIRAN MENDENGAR