Setiap seorang pekerja baik sektor awam atau swasta akan menempuh saat persaraan ketika mencecah usia yang berkenaan. Pada saat ini setiap individu mempunyai dilemma untuk menghadapi hidup menempuh alam yang baru yang tentunya berbeza dari alam sebelumnya. Persediaan haruslah dilakukan dari mental dan fizikal dalam usaha membina corak kehidupan selepas persaraan. Kursus pra-persaraan ini direka khusus untuk membimbing para peserta menghadapi dunia baru yang tentunya berbeza dari dunia yang dilalui sebelumnya.